Thursday 14 February 2013

Raya for the people

Raya dah semakin dekat. Puasa pun tinggal berapa hari je nih..ada baiknya kita discuss pasal benda yang kita semua ada knowledge dan boleh share sama2...

Balik kampung & Car maintenance

Aku assume semua dah bijak pandai dalam bab nih. Harap jangan malas nak check minyak hitam. 2 perkara yang perlu diperhatikan

1 > Level minyak hitam. Bila tarik je lidi panjang fr the engine tengok level minyak. Kalau rendah bermakna kena top up. Kalau tak ingat jenis minyak hitam, beli je minyak semi-synthetic (apa2 brand pun takpe, janji semi syn). Logiknya kalau minyak hitam dah kurang bermakna dah pekat dan byk residue dalam enjin. Kalau beli yang biasa (range harga RM30-RM50) punya takut x lasting. Buat enjin berat je sbb x membantu lubrication.

2 > Kepekatan minyak hitam. Kalau boleh, cuba bau and rasa pasir kat dalam minyak dengan jari. Kotor jari sikit takpe. Nanti basuh hilang lah. Kalau byk sangat pasir pastu kaler pun hitam je bermakna kena servis.

Selain drpd tu, macam biasalah.
  • bateri / air bateri
  • tyre pressure - kalau nak long distance kurangkan angin from the normal pressure by 1 or 2kPa
  • brake lights + rear lights
  • hazard lights
  • head lamp
  • wiper
  • air cond + gas
  • spare tyre + tools utk tukar tayar (lagi bagus kalau ada extra hazard light)
  • PLUS Line : 1800 88 0000 dan important phone numbers
  • kalau ada contact call-man yg korang kenal sila lah bawak name card dia atau terus simpan dalam hp. Ada satu mamat cina ni yg tolong aku before tol Tg Malim. Nama dia Andy - 012 6356696. Helpful gila. Siap belanja aku breakfast lagi. Kalau keta breakdown / eksiden kat PLUS highway dia boleh tolong. KL to south aku takde cable/member. Mungkin sesapa nak share boleh post kat sini.

For the caffeine, glucose and nicotine junkies, jangan OD (overdose) kan diri anda dengan kopi/rokok/red bull/ livita dan sewaktu dgnnya.

kopi : stimulant. Kalau byk sgt nanti takleh concentrate. Aku lebih rekemen kopi kesihatan mcm kopi jantan / tongkat ali dsb. Mcm nescafe tu sgt kuat caffeine dia, x elok utk buah pinggang dan hati. Kalau boleh tahan takpelah.

red bull / livita etc : energy drink. High sugar content. Tak elok bagi orang yg high sugar/colestrol/high blood. especially kalau empunya diri dah exhausted. Lebih baik tido. Gerak bila dah fresh. Lagi berbaloi2 dari nak minum bertin2 livita.

100 plus / gatorade etc : isotonic drink. Kalau dah berpeluh2 macam lepas futsal takpelah sbb nak ganti garam dalam badan. Setakat traveling satu botol kecik pun dah memadai. Silap2 x abis pun.

minum air yang banyak utk mengelakkan dehydration. Kalau rasa2 tanak stop utk toilet maka kurangkan minum air.

rokok : utk golongan yang merokok, sila lah kurangkan esp masa memandu. Pendapat aku setakat sebatang dua tu ok lagi. Kalau dah masuk ke-4 atau ke-5 elok lah stop kejap. Kalau dah expert macam Ken Block atau Colin McRae takpe..


Aku x familiar dgn speed trap zones dkt PLUS / major highway - sapa2 ada info boleh share...yg aku tau skrg ni malam pun diorg dah boleh detect sbb wujudnya infra red speed detector. Still need confirmation on that tho.

Apart from that

Kalau tayar pancit / eksiden / breakdown sila berhenti di tepi highway (emergency lane) dan berdiri di belakang divider (termasuk passengers skali). Tunggu PLUS ronda datang dengan Ford Ranger - biar diorg yang tukar tayar / check apa problem keta.
**PLUS Ronda yang bagak dan berlampu kelip2 pun kena langgar dgn kereta lain dkt highway, so harap berhati2 bila parking kat emergency lane. Jgn lupa hazard light**


More tips and tricks to come. Stay tuned.


-my 2 cents-

No comments: